“Aduh, sayangnya” – Baru Keluar ‘Teaser’ Tapi Ramai Dah Mula Kecam Filem Harimau Malaya?

Entertainment
16 Jan 2024 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Demam Piala Asia kini sedang ‘menyerang’ peminat bola sepak khususnya peminat Harimau Malaya kerana ini merupakan edisi pertama selepas beberapa tahun skuad kebangsaan dapat berentap dalam pusingan kelayakan piala berprestij itu.

Susulan kejayaan membanggakan itu, sebuah filem arahan Afdlin Shauki bakal ditayangkan dengan judul Harimau Malaya: The Untold Journey dan teaser bagi filem tersebut sudah pun dilancarkan.

Penggambaran filem tersebut sudah pun dilakukan pada bulan Oktober sehingga November tahun lalu dan kini sudah berada di fasa pasca produksi.

Difahamkan, filem yang dibintangi nama-nama besar seperti Tony Eusoff, Meerqeen, Erra Fazira serta ramai lagi, akan menemui penonton tahun ini.

Pun begitu, di platform media sosial X ramai yang berpendapat filem ini kelihatan sedikit hambar dan kelihatan agak kaku, lebih-lebih lagi pelakon yang melakonkan watak jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.

image is not available

Dalam pada itu, masih ada juga yang memberikan komen positif berkenaan teaser filem itu dan merasakan ia sepatutnya dihargai kerana filem tersebut seakan mencipta semula sejarah yang membanggakan dalam arena bola sepak tempatan.

 

image is not available

Agak-agak kalau dah keluar nanti korang nak tengok tak?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.