ADUN Kajang gesa siasat dakwaan warga asing ceroboh tanah

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 8:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ADUN Kajang gesa siasat dakwaan warga asing ceroboh tanah
David turut berkongsi gambar tular dakwaan sekumpulan warga asing menjadikan kawasan berkenaan sebagai lokasi riadah
Image from: ADUN Kajang gesa siasat dakwaan warga asing ceroboh tanah
David

KAJANG - Pihak berkuasa berkaitan digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan warga asing membersihkan kawasan berbukit di Kajang sebelum menjadikannya sebagai kawasan riadah dan aktiviti sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong mendakwa, tanah terbabit merupakan milik sebuah syarikat dan bukannya tanah kerajaan berdasarkan maklumat yang diterima.

**media[3720368]**

Menurutnya, walaupun tanah berkenaan mempunyai pemilik, sebarang penggunaan, kerja pembersihan kawasan atau pembinaan struktur perlu mendapat kebenaran pemilik tanah serta mematuhi peraturan ditetapkan.

"Saya memandang serius kebimbangan masyarakat bahawa penggunaan tanah tanpa kawalan boleh berkembang daripada kawasan lapang kepada pembinaan struktur sementara dan akhirnya menjadi penempatan tidak terancang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang serta Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan pemeriksaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

David yang juga Pengerusi Biro Perpaduan Nasional Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Selangor berkata, tindakan itu penting bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku.

Katanya, kehadiran warga asing secara sah tidak ditolak, namun setiap individu tanpa mengira kewarganegaraan wajib menghormati undang-undang negara dan hak pemilik tanah.

"Sebarang dakwaan pencerobohan mesti disiasat berdasarkan fakta, bukan sekadar persepsi atau sentimen," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved