JIM siasat dakwaan kawasan bukit diceroboh warga asing

23 Nov 2026 • 3:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JIM siasat dakwaan kawasan bukit diceroboh warga asing
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aktiviti warga asing di atas sebuah bukit di Kajang. Foto: TikTok Harmony Community Malaysia
Image from: JIM siasat dakwaan kawasan bukit diceroboh warga asing
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aktiviti warga asing di atas sebuah bukit di Kajang. Foto: TikTok Harmony Community Malaysia

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat kes tular dakwaan lokasi berbukit di Kajang yang dipercayai diceroboh warga asing dan dijadikan sebagai tempat beriadah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan penting sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, isu pencerobohan tanah kerajaan di bawah bidang kuasa agensi lain.

"JIM mengharapkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui saluran rasmi daripada menularkannya terlebih dahulu.

"Ini kerana berkemungkinan mereka (PATI) akan melarikan diri selepas tular sebelum tindakan dapat diambil. Bagaimanapun pihak JIM akan siasat perkara ini sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

**media[3719804]**

Sebelum itu, tular video di platform media sosial TikTok Harmony Community Malaysia satu kawasan berbukit yang dikatakan diceroboh warga asing sejak beberapa tahun lalu.

Kawasan semak belukar itu dikatakan dibersihkan oleh mereka dan dijadikan tempat bermain bola sepak, bola tampar dan takraw.

Difahamkan juga, kawasan lapang itu juga menjadi tempat lepak warga asing dari Myanmar khususnya dalam jumlah yang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved