ADUN Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong Meninggal Dunia

21 Mar 2024 • 12:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ADUN Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong Meninggal Dunia

KUALA SELANGOR — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu , Lee Kee Hiong dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dimaklumkankan oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya.

“Sebentar tadi, saya menerima berita duka pemergian Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu,” katanya.

Tambah Amirudin, pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu olehnya sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat.

Sehubungan itu, beliau mendoakan ahli keluarga termasuk masyarakat setempat diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini.

“Merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mendiang Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu yang meninggal dunia pagi ini.

“Negeri Selangor kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menabur khidmat bakti terutama kepada penduduk di Kuala Kubu Baharu,” tulisnya di Facebook.

Untuk makluman, Lee Kee Hiong telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013.