Kee Hiong dimasukkan ke hospital sejak bulan lalu

21 Mar 2024 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar kenangan Thilageswary bersama Kee Hiong

image is not available
Laporan Sinar Harian.

HULU SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya sejak sebulan lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi Khamis.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), M Thilageswary berkata, mendiang yang berusia 58 tahun meninggal dunia sekitar jam 10 pagi di hospital berkenaan.

Menurutnya, Kee Hiong menghidap kanser sejak 2020 dan tahap kesihatannya mulai merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Beliau sebelum ini didiagnos kanser rahim dan kemudian dikesan menghidap kanser payudara.

"Walaupun sakit, beliau tetap aktif dan berkhidmat seperti biasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Thilageswary yang bekerja di bawah Kee Hiong menyifatkan mendiang baik hati dan mudah mesra kepada semua orang.

"Saya mengenalinya sejak 2014 dan beliau seorang yang sedia berkhidmat tanpa mengira kaum.

"Mendiang ada menitipkan nasihat supaya pemimpin yang akan datang perlu mengambil berat hal ehwal kebajikan penduduk," katanya.

Mendiang telah berkahwin, namun tidak memiliki cahayamata.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan-DAP merupakan penyandang kerusi berkenaan selama tiga penggal sejak 2013 hingga kini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved