ADUN Limbahau, Juil Nuatim Sertai GRS

LocalPolitics
23 May 2023 • 7:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Juil Nuatim - Gambar dari Facebook Datuk Juil Nuatim

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Juil Nuatim diterima sebagai ahli  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara langsung hari ini,  kata Datuk Seri Masidi Manjun.

Setiausaha Agung GRS itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu menghantar permohonannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS di sini hari ini.  

Penyampaian dokumen keahlian Juil disaksikan Presiden  Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah  Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Juil mengumumkan keluar daripada KDM Ahad lepas (21 Mei). - Bernama