Juil terbaharu tinggalkan pembangkang

LocalPolitics
22 May 2023 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Juil Nuatim memutuskan untuk meninggalkan parti itu Sabtu lepas.

Beliau berkata keputusannya keluar parti itu yang beliau asaskan bersama presidennya Datuk Peter Anthony pada Januari tahun lepas, tiada kaitan dengan pembentangan rang undang-undang Anti-Lompat Parti peringkat Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini (Isnin).

“Kita juga tidak tahu dan tidak pasti sama ada rang undang-undang Anti Lompat Parti itu akan diluluskan di DUN atau tidak,” Juil yang juga Adun Limbahau berkata demikian kepada Harian Ekspres semasa sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah di sini, Sabtu lepas.

Pesta itu itu dirasmikan Setiausaha Politik Ghazali bin Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal & Tugas-Tugas Khas Sabah & Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali, di Dewan Serbaguna Kg Biau, di sini.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Juil berkata beliau membuat keputusan itu demi kepentingan akar umbi dan mengikut kehendak rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

“Saya telah melepaskan jawatan saya dalam PKDM dan pada masa ini, saya seorang Adun bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah dan Pengerusinya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Saya juga tidak berniat untuk memusuhi sesiapa dan saya keluar parti bukan kerana presiden parti. Saya menghormatinya dan dia seorang yang baik.

“Tiada masalah antara saya dan Presiden PKDM Datuk Petr Anthony. Dia faham,” katanya yang memenangi kerusi DUN Limbahau atas tiket Warisan semasa pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.

Juil yang merupakan Timbalan Presiden PKDM bagi Bumiputera bukan Islam berkata beliau akan meninggalkan parti itu bersama-sama jawatankuasa induk parti untuk Limbahau sahaja tanpa menyatakan bilangan penyokong dan ahli yang mengikutinya.

Menurutnya, hasratnya itu sudah sampai ke telinga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada majlis rumah terbuka di Papar Sabtu lepas.

“Limbahau akan terus tertinggal tanpa pembiayaan. Lebih baik bersama kerajaan seiring dengan Ahli Parlimen Papar (Datuk Armizan Mohd Ali).

“Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mahu menyerap KDM dan itu tidak mengapa,” katanya pada Ahad.

PKDM telah memohon untuk menyertai gabungan pemerintah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 2020 tetapi ia tidak menerima sebarang jawapan daripada gabungan itu sehingga kini.

Juil berkata jawatannya mungkin akan diisi oleh anak kepada Peter dan PKDM kini hanya ada Peter (Adun Melalap) dan Datuk Wetrom Bahanda (Adun Bandau) yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor merangkap Pengerusi GRS memberitahu pemberita bahawa beliau tidak sedar (mengenai Juil keluar daripada PKDM) tetapi jika benar, berkata Juil akan memilih parti sekiranya beliau meneruskan politik.

“Terpulang kepada beliau. Kita hidup dalam demokrasi tetapi usul untuk memperkenalkan Undang-undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan di persidangan negeri pada Isnin (hari ini).

“Beliau belum meminta untuk menyertai Gagasan Rakyat... dia masih ada masa (untuk memilih parti),” kata Hajiji pada majlis rumah terbuka Hari Raya Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka pada Ahad.

Sementara itu, Naib Presiden PBS yang juga Ketua Pembangunan Masyarakat Limbahau Datuk Johnny Mositun enggan mengulas perkara itu.

Beberapa bulan lalu, PKDM menyokong pakatan Barisan Nasional (BN) dan Warisan yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan GRS.

Bagaimanapun, parti itu membuat pusingan U dan mengumumkan pendirian menyokong GRS apabila usaha BN-Warisan gagal untuk menjatuhkan gabungan pemerintah di Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.