ADUN Sabak setuju kerusi DUN dipulangkan kepada Amanah

Politics
13 Aug 2022 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Mustain

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman bersetuju dengan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memulangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Ahmad Mustain bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk beliau kembali sebagai calon atau sebaliknya. "Saya menyokong sepenuhnya (untuk) pulangkan DUN Sabak kepada Amanah. "Tentang penyertaan saya dalam PRU15, saya serahkan sepenuhnya kepada parti sama ada saya bertanding atau tidak. Buat masa ini, saya kekal dalam PKR," katanya pada Sabtu. Media pada Jumaat melaporkan PKR akan memulangkan dua kerusi iaitu DUN Meru dan Sabak akan dipulangkan kepada Amanah. Menurut laporan sebuah portal berita, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Hee Loy Sian berkata, walaupun ADUN Meru dan ADUN Sabak menyertai PKR, tetapi dua kerusi itu adalah milik Amanah untuk ditandingkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved