
TELUPID: Anggota Dewan Undangan Negeri Telupid, Jonnybone J Kurum, mencadangkan agar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) Sabah menjadikan daerah Telupid sebagai satu tempat atau Pusat Pemuliharaan Gajah.
Katanya, perkara itu telah beliau bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana daerah Telupid merupakan suatu tempat yang sangat sesuai dengan keluasan hutan simpan yang masih besar bagi tujuan itu.

