AEON Bank Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Mencuba Bank Digital Patuh Syariah

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON Bank merupakan salah satu penerima lesen bank digital di Malaysia, dimana mereka turut menerima mandat melaksanakan bank digital patuh syariah. Selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengoperasikan bank digital, kini AEON Bank telah mulakan pendaftaran minat untuk mencuba perkhidmatan mereka.

image is not available

Melalui laman rasmi AEON Bank, ia memperlihatkan sedikit informasi secara ringkas, dan membolehkan orang ramai mendaftar minat – seterusnya menerima notifikasi emel apabila perkhidmatan perbankan tersebut tersedia kelak.

image is not available

Untuk peringkat awal, akaun simpanan AEON Bank ini bakal menawarkan ganjaran simpanan, sebuah kad debit yang dipautkan ke akaun, selain akaun AEON Membership Plus yang membolehkan ganjaran diterima untuk perbelanjaan di rangkaian AEON Group.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman AEON Bank, dan menerima notifikasi apabila perkhidmatan berkenaan tersedia kelak.