AEON Bank Perkenalkan Ciri AI Baharu Untuk Analisis Tabiat Kewangan Pengguna – Financial Purr-Sona

TechnologyPersonal Finance
26 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON Bank Perkenalkan Ciri AI Baharu Untuk Analisis Tabiat Kewangan Pengguna – Financial Purr-Sona

Mengurus kewangan harian bukan sekadar menyemak baki akaun atau melihat rekod transaksi. Bagi membantu pengguna memahami corak perbelanjaan dengan lebih baik, AEON Bank memperkenalkan Financial Purr-Sona melalui Neko Sensei iaitu pembantu kewangan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi perbankannya.

Image from: AEON Bank Perkenalkan Ciri AI Baharu Untuk Analisis Tabiat Kewangan Pengguna – Financial Purr-Sona

Ciri tersebut dibangunkan untuk membantu pengguna memahami tabiat kewangan mereka berdasarkan aktiviti yang dilakukan dalam aplikasi. Menerusi Financial Purr-Sona, Neko Sensei akan menganalisis aspek seperti simpanan, perbelanjaan, perancangan kewangan dan pembayaran sebelum menentukan profil yang paling sesuai dengan corak penggunaan seseorang pengguna.

Sebagai contoh, pengguna yang gemar menyimpan wang mungkin diberikan profil Tauke Tabung, manakala mereka yang lebih menekankan perancangan kewangan boleh menerima profil Planner Pro Max. Pada masa yang sama, pengguna yang berbelanja secara berhemah berkemungkinan dipadankan dengan profil Boss Anti-Bazir, sementara itu mereka yang sentiasa memastikan komitmen kewangan dan bayaran dibuat tepat pada masanya boleh menerima profil Hutang Slayer.

Image from: AEON Bank Perkenalkan Ciri AI Baharu Untuk Analisis Tabiat Kewangan Pengguna – Financial Purr-Sona

AEON Bank berkata profil ini tidak ditetapkan secara kekal sebaliknya boleh berubah mengikut corak penggunaan aplikasi serta tabiat kewangan semasa pengguna. AEON Bank juga menyediakan ciri Level-up yang membolehkan pengguna mendapatkan panduan pengurusan kewangan menerusi Neko Sensei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved