Bahasa Melayu bakal tersedia dalam Samsung Galaxy AI dan Now Nudge

TechnologyDigital
15 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Bahasa Melayu bakal tersedia dalam Samsung Galaxy AI dan Now Nudge

Samsung sedang memperluas sokongan bahasa bagi Galaxy AI dan Bixby, sekali gus membawakan pengalaman ini kepada lebih ramai pengguna dalam bahasa mereka sendiri.

5 teras Galaxy AI sokong bahasa Melayu

Image from: Bahasa Melayu bakal tersedia dalam Samsung Galaxy AI dan Now Nudge
Galaxy AI perluas sokongan bahasa termasuk bahasa melayu

Menurut Samsung, Galaxy AI sedang memperluas sokongan bahasa dalam beberapa ciri terpilih yang terdapat dalam peranti pintar itu, antaranya Call Assist, Live Translate, Interpreter, Note Assist, dan Transcript Assist.

Dengan kemaskini tersebut, kelima-lima fungsi dalam peranti Samsung kini menyokong bahasa Hungary dan bahasa Melayu . Ini menjadikan jumlah keseluruhan bahasa yang disokong dalam Galaxy AI meningkat kepada 24 bahasa.

Senarai penuh bahasa yang disokong Samsung Galaxy AI:

1. Arab

2. Belanda

3. Cina (Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan)

4. Filipina

5. Gujerat

6. Hindi

7. Indonesia

8. Inggeris (Australia, India, UK, US)

9. Itali

10. Jepun

11. Jerman

12. Korea

13. Melayu

14. Perancis (Kanada, Perancis)

15. Poland

16. Portugis (Brazil, Eropah)

17. Romania

18. Rusia

19. Sepanyol (Mexico, Sepanyol, AS)

20. Sweden

21. Thai

22. Turki

23. Vietnam

24. Hungary

Now Nudge tersedia dalam 8 bahasa baharu

Dalam teras Galaxy AI, fungsi Now Nudge telah menambah lapan bahasa baharu dan sekaligus menjadikan ciri ini memiliki 24 bahasa secara keseluruhannya.

Senarai bahasa baru dalam fungsi Samsung Now Nudge:

1. Belanda

2. Filipina

3. Gujerat

4. Hungary

5. Melayu

6. Romania

7. Sweden

8. Turki

Bixby tambah 3 bahasa baharu

Image from: Bahasa Melayu bakal tersedia dalam Samsung Galaxy AI dan Now Nudge
Bixby hadir dengan sokongan bahasa Poland, Thai dan Vietnam

Bixby, pembantu kawalan suara Samsung kini menambah tiga sokongan bahasa iaitu Poland, Thai dan Vietnam. Menjadikan fungsi ini mengandungi 12 liputan bahasa dan sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna Galaxy mengawal peranti dengan lebih mudah mengikut bahasa pilihan pengguna.

Senarai penuh bahasa yang disokong Samsung Bixby:

1. Cina (Tanah Besar China)

2. Inggeris (India, UK, US)

3. Perancis

4. Jerman

5. Itali

6. Jepun

7. Korea

8. Poland

9. Portugis (Brazil)

10. Sepanyol (Amerika Latin, Sepanyol)

11. Thai

12. Vietnam

Ketersediaan bahasa baharu

Sekadar info, bahasa baharu dalam fungsi Bixby mula dilancarkan pada 14 Oktober. Manakala bahasa baharu termasuk bahasa Melayu dalam Galaxy AI akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang. Untuk mengetahui lebih lanjut layari laman sesawang Samsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved