AEON Credit terbit Sukuk Wakalah ke-11 bernilai RM150 juta di bawah Program ICP

LocalBusiness & Finance
9 Jan 2026 • 6:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AEON Credit terbit Sukuk Wakalah ke-11 bernilai RM150 juta di bawah Program ICP image is not available liza09/01/2026 - 18:23 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Jan – AEON Credit Service (M) Berhad mengumumkan penerbitan Sukuk Wakalah ke-11 di bawah Program Kertas Komersial Islam (ICP) dengan nilai RM150 juta bagi tempoh matang 179 hari bermula 9 Januari 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AEON Credit berkata hasil daripada penerbitan Sukuk Wakalah itu akan digunakan untuk tujuan patuh syariah.

 

“Ia termasuk pembiayaan kepada pelanggan dalam urusan perniagaan pembiayaan pengguna serta menampung perbelanjaan berkaitan Program ICP.

 

“Selain itu, dana tersebut juga akan digunakan untuk menyusun semula kemudahan pembiayaan Islam sedia ada dan akan datang, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian,” katanya dalam makluman tersebut.

 

Pada 2 November 2022, Aeon Credit telah memfailkan maklumat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengenai penubuhan program ICP patuh Syariah dengan nilai sehingga RM1 bilion. 

 

Program ini direka untuk membolehkan syarikat menerbitkan sukuk wakalah bagi membiayai operasi perniagaan dan pengembangan aktiviti pembiayaan patuh Syariah. - DagangNews.com

Terkini standard