AEON Mall KL Midtown dibuka Khamis ini

2 Nov 2026 • 7:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AEON Mall KL Midtown dibuka Khamis ini

PETALING JAYA – AEON Mall KL Midtown bakal menyambut pengunjung bermula Khamis ini, 5 November 2026, sebelum majlis pembukaan rasmi yang dijadualkan pada 8 Januari 2027.

Ia mempunyai Ruang Boleh Sewa Bersih (NLA) seluas kira-kira 367,000 kaki persegi dan memperkenalkan konsep baharu dalam sejarah runcit AEON menerusi susun atur menegak yang merangkumi lapan tingkat, dari Lower Ground hingga Aras 5M.

Setiap dua tingkat mempunyai gaya susun atur tersendiri yang mencerminkan konsep tawaran runcitnya, memberikan pengalaman berbeza ketika pengunjung bergerak dari satu aras ke aras lain.

Pusat beli-belah ini terletak dalam bangunan berpensijilan GreenRE Gold, dengan ciri sistem penyejukan cekap tenaga, penuaian air hujan, kelengkapan jimat air dan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, taman linear seluas 1.5 ekar di bumbung pula menyediakan ruang hijau di tengah-tengah bandar.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Tsugutoshi Seko berkata, pembukaan ini merupakan langkah penting dalam mendekatkan tawaran runcit pusat beli-belah tersebut kepada komuniti sekitar.

“Kami gembira dapat menyambut pelanggan ke AEON Mall KL Midtown, sementara lebih ramai rakan runcit kami akan beroperasi di sini.

“Dengan pilihan runcit, makanan dan gaya hidup yang terus bertambah, kami mahu menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza serta mewujudkan ruang mesra untuk keluarga dan rakan-rakan membeli-belah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama.

“Pembukaan ini juga merupakan pencapaian penting bagi AEON dalam usaha kami terus mengembangkan rangkaian runcit dan membawa falsafah Customer First kepada lebih banyak komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dari 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 melalui gabungan hingga dua resit pada hari yang sama di mana-mana penyewa pusat beli belah ini, termasuk AEON Retail berpeluang memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz A200 Progressive Line dan pelbagai hadiah menarik menerusi Peraduan Drive Your Dream. – KOSMO! ONLINE

 

The post AEON Mall KL Midtown dibuka Khamis ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved