Aeril Zafrel & El Azman berdamai selepas 15 tahun, berebut kekasih punca hubungan renggang

EntertainmentPolitics
25 Feb 2025 • 10:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon popular Aeril Zafrel dan usahawan El Azman akhirnya berdamai selepas 15 tahun membawa haluan masing-masing akibat perselisihan faham melibatkan seorang wanita.

Pendedahan itu dikongsi Aeril, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, menerusi siaran langsung di TikTok.

@nay.nay8773

@Fujiiian @band1t @El Azman @WANIE ELENA @mariajoselozaprie @aerilzafrel #pyfツviral

♬ suara asli - nay nay - nay nay

Aeril Zafrel & El Azman berdamai selepas 15 tahun

Menurut Aeril, konflik antara mereka bermula apabila seorang pelakon wanita yang pernah menjadi kekasihnya menjalin hubungan dengan El selepas perpisahan mereka.

“Dulu kami rakan sebilik. Saya ada kekasih, tapi direbut. Selepas itu, kami tidak lagi berkawan,” katanya.

image is not available

El Azman, atau nama penuhnya Muhd Hilmi Che Azman, turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Aeril.

“Selepas 15 tahun, baru dia peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja.
“Disebabkan aku salah, aku minta maaf, Aeril, kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik,” ujarnya.

image is not available

Momen penuh beremosi dan bersejarah selepas 15 tahun itu turut disaksikan oleh isteri Aeril, Wawa Zainal, dan pempengaruh Indonesia, Fujianti, yang ada bersama pada ketika itu.

Perkembangan ini mendapat perhatian ramai, dengan peminat mendoakan agar persahabatan mereka kekal utuh dan menjadi teladan bahawa perselisihan lama boleh diselesaikan dengan keikhlasan dan kemaafan.

image is not available image is not available image is not availableBagaimanapun, kedua-dua pihak tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang menjadi punca perselisihan mereka selama ini.

Sumber: TikTok nay.nay8773