15 Tahun ‘Masam Muka’ Kerana Berebut Seorang Artis Wanita, Aeril Zafrel Dan El Azman Akhirnya Berdamai

EntertainmentLifestyle
26 Feb 2025 • 8:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan El Azman difahamkan telah menamatkan perselisihan faham yang berlarutan hampir 15 tahun.

Menerusi satu hantaran di TikTok, kedua-duanya dilihat kembali rapat setelah sekian lama bermasam muka.

Maklum Aeril, konflik lama itu difahamkan berpunca daripada seorang pelakon wanita yang pada ketika itu kekasihnya.

Setelah berpisah, bekas teman wanita Aeril itu kemudian bercinta dengan El Azman.

Dulu kami (Aeril dan El Azman) rakan sebilik, jadi saya ada kekasih. Tapi direbut, selepas itu kami tidak lagi berkawan.

Setelah membawa haluan sendiri selama lebih satu dekad, hubungan mereka kembali pulih dan pertemua itu menjadi titip perdamaian antara kedua-duanya.

Selepas 15 tahun, baru dia (Aeril) peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja. Disebabkan aku salah, aku minta maaf Aeril kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik.

Kedua–duanya tidak pula mendedahkan identiti pelakon wanita berkenaan kepada umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"It's Not A Cerdik Bro, It's Very Stup*d" - Caprice 'Sekolahkan' Ammar Nazhan Di Podcast