Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan RM1 juta -“Asbab sokongan kalian..”

LocalEntertainment
20 Dec 2024 • 2:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bayar zakat perniagaan

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meluahkan rasa syukur apabila memenuhi kewajipan menunaikan rukun Islam ke-4 dengan membayar zakat perniagaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin di laman Instagramnya, dia dan suami membayar RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan ia adalah hasil perniagaan tahun ini.

Bayar zakat perniagaan

Instagram will load in the frontend.

“Alhamdulilah, asbab sokongan kalian terhadap Wawa sekali lagi tahun ini dapat juga menunaikan zakat sebanyak ini,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Wawa berharap orang ramai terus memberi sokongan kepada produk tempatan dan berharap zakat yang dikeluarkan itu dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Teruskan sokong produk tempatan, semoga menjadi asbab kebaikan bersama,” ujarnya lagi.

Bayar zakat perniagaan

image is not available

image is not available

Netizen turut berbangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum dan berbangga dengan kejayaan pasangan selebriti tersebut yang tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam.

image is not available image is not available

Sokong hebahan bayar zakat!

Dalam pada itu, ramai yang menyokong tindakan Aeril dan Wawa dalam menghebahkan pembayaran zakat supaya dapat memberikan kesedaran kepada umum berkaitan kewajipan dalam menunaikan zakat.

Tahun lalu, Aeril dan Wawa menyerahkan bayaran zakat berjumlah RM1.15 juta kepada wakil LZS, Mohd Amin Karim.

Sumber: Instagram @Wawa Zainal