
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida menyatakan rasa syukur apabila dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Bukan riak atau bangga diri
“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
“Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak.


