Aeril Zafril Akui Sophia Seorang Yang Manja, Lelaki Akan Mudah Jatuh Cinta

Entertainment
2 Feb 2023 • 2:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tak boleh move on lagi dengan isu melibatkan pelakon sensasi, Sophia Al Barakbah nampaknya. Soal apa yang terjadi sebelum ini akhirnya sudah terjawab selepas Bella Astillah dan Aliff Aziz tampil jelaskan tentang apa sebenarnya berlaku.

image is not available

Hari ini, Ohmedia tertarik pula dengan perkongsian dari pelakon lelaki, Aeril Zafrel yang menyifatkan Sophia sebagai seorang yang baik dan manja.

Pernah bergandingan dalam drama ‘Tercipta Satu Ikatan’, Aeril melihat punca mengapa orang akan mudah jatuh hati dengan Sophia adalah kerana personalitinya yang sebegitu.

image is not available

Siapa cepat in love akan jatuh hati…

Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah.

Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah jatuh hati. Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang soft spoken.

image is not available

Menjawab samaada dia juga akan jatuh hati dengan Sophia, Aeril memaklumknan dia memilih untuk bersikap lebih terbuka untuk menjaga batas masing-masing sebagai seorang pelakon.

Ada pelakon heroin pernah dakwa Aeril nak mengurat?

Biasanya saya akan berlaku transparent. Saya akan beritaha heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.

Sebab sebelum ini pernah terjadi. Saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak try dia. Jadi, macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang nak berterus terang.

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.