Aerodyne Disasarkan Menjadi Syarikat Unikorn Dengan Nilai Melangkaui $1 BIlion

TechnologyDigital
25 Apr 2023 • 1:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aerodyne merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan dron. Terbaru, ia dilaporkan syarikat yang berpusat di Cyberjaya ini dalam usaha untuk meraih dana antara sekitar $150 juta ke $200 juta pada tahun ini.

image is not available

Aerodyne dikatakan sedang meraih dana ini pada nilai lebih $1 bilion. Status unikorn sering diberikan kepada syarikat pemula atau startup yang mencapai nilai berkenaan. Sebelum ini, Aerodyne juga telah mencapai status penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia.

Aerodyne sedia menguruskan lebih 560,000 aset infrastruktur, termasuk melakukan penilaian terhadap lebih 380,000 infrastruktur bekalan kuasa di 35 buah negara. Perkhidmatan Aerodyne juga digunakan rentas pelbagai industri, termasuk digunakan agensi kerajaan tempatan dalam pelbagai usaha, termasuk ketika pengurusan banjir.

Aerodyne juga sedia melabur dan mengambil-alih beberapa syarikat memfokuskan perkhidmatan dron sebelum ini dalam membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia, serta mempunyai kepakaran yang meluas dalam bidang perkhidmatan dron.

image is not available

Disamping itu, Aerodyne juga menyasarkan penyenaraian awam atau IPO seawal 2024 kelak.