Aeronas Aerocraft raih tempahan bina 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 2:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aeronas Aerocraft raih tempahan bina 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta

ISKANDAR PUTERI: Syarikat pengeluar pesawat bumiputera, Aeronas Aerocraft Sdn. Bhd. (Aeronas Aerocraft) mengukuhkan kedudukan sebagai pemain baharu industri penerbangan apabila memperoleh tempahan 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta (AS$85 juta).

Pengarah Urusan merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Aeronas Aerocraft, Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah Petra berkata, tempahan itu diterima pihaknya pada tahun 2023, dengan penghantaran kapal terbang pertama dijangka pada suku pertama tahun depan.

Menurutnya, 50 tempahan tersebut datang daripada pelbagai konsortium berpangkalan di China, Hong Kong dan Singapura.

“Perkara ini membuktikan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kemampuan syarikat tempatan untuk menghasilkan pesawat yang berkualiti dan memenuhi spesifikasi ditetapkan industri.

“Penghantaran pertama melibatkan 15 pesawat yang dijadual secara berfasa bermula suku pertama dan kedua tahun 2027, sebelum kesemuanya perlu diserahkan menjelang 2029.

“Tempahan itu melibatkan operasi operasi sekolah penerbangan serta program pajakan pesawat di seluruh rantau Asia,” katanya pada sesi temubual di pejabat Aeronas Aerocraft di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri, di sini baru-baru ini.

Tambah Raja Shazreen Petra, syarikatnya itu turut memeterai kerjasama strategik dengan beberapa institusi tempatan termasuk institusi bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Antara kerjasama itu melibatkan pembangunan silibus dan kursus baharu dalam bidang aeroangkasa, penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain endowmen bernilai RM51 juta kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi memperkasa pembangunan modal insan.

“Pada masa sama, kita turut merancang membangunkan Aerospace City Education Hub di Johor sebagai hab pendidikan dan latihan aeroangkasa bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam bidang ini,” katanya.

Menurut Raja Shazreen Petra lagi, beberapa negeri termasuk Sabah, Selangor, Kedah dan Pahang telah menawarkan tapak bagi pembinaan kilang kekal syarikat berkenaan yang kini beroperasi di lokasi sementara.

“Apabila kilang pembuatan kami beroperasi secara kelak, ia mampu menghasilkan sehingga 180 pesawat setahun sekaligus menyediakan kira-kira 450 peluang pekerjaan secara langsung kepada golongan muda tempatan.

“Selain itu, ekosistem rantaian yang terhasil akan mewujudkan sehingga 3,000 peluang pekerjaan dalam tempoh beberapa tahun. Bagi jangka masa lebih lama, kira-kira 30,000 peluang pekerjaan boleh terhasil sekiranya usaha menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa serantau berjaya,” katanya.-UTUSAN

The post Aeronas Aerocraft raih tempahan bina 50 pesawat ringan bernilai RM357 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved