Aemulus raih tempahan sistem ujian AI dan pusat data bernilai RM15.11 juta daripada pelanggan Korea

TechnologyBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aemulus raih tempahan sistem ujian AI dan pusat data bernilai RM15.11 juta daripada pelanggan Korea Image from: Aemulus raih tempahan sistem ujian AI dan pusat data bernilai RM15.11 juta daripada pelanggan Korea hamden27/07/2026 - 18:01 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Julai - Aemulus Holdings Bhd (AHB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB), memperoleh tempahan baharu bernilai AS$3.7 juta (RM15.11 juta) daripada pelanggan di Korea bagi membekalkan sistem ujian untuk pasaran pusat data dan kecerdasan buatan (AI).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AHB berkata tempahan tersebut diperoleh pada 27 Julai 2026 dan melibatkan penghantaran sistem ujian yang akan digunakan dalam segmen teknologi pusat data serta AI.

 

Syarikat menjelaskan hasil daripada tempahan berkenaan akan diiktiraf secara berperingkat berdasarkan kemajuan penghantaran sistem kepada pelanggan.

 

Tempahan baharu itu dijangka dilaksanakan sepanjang tahun kewangan 2026 dan 2027, sekali gus dijangka memberi sumbangan positif terhadap prestasi kewangan AHB bagi tempoh berkenaan.

 

Bagaimanapun, AHB berkata tempahan tersebut tidak dijangka memberi kesan material terhadap aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, selain tidak melibatkan sebarang perubahan terhadap modal saham atau struktur pegangan saham syarikat.

 

Menurut AHB, pelaksanaan tempahan itu terdedah kepada beberapa risiko termasuk aspek ketersediaan bahan, perubahan harga bahan mentah, gangguan rantaian bekalan serta perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan kawal selia yang boleh memberi kesan terhadap proses penghantaran.

 

Syarikat turut mengesahkan bahawa tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau individu berkaitan mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam tempahan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved