Aerotrain KLIA diumum sambung operasi sebelum Mac 2025

26 Mar 2024 • 2:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook telah berkongsikan perkembangan terkini proses baik pulih servis aerotrain KLIA. Beliau memaklumkan bahawa servis ini akan berjalan semual selewat-lewatnya Mac 2025 ataupun seawal penghujung tahun 2024.

image is not available

Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airport Holdings Berhad. (MAHB), telah menghentikan perkhidmatan aerotrain dalam bulan Mac 2023 dulu akibat kerosakan. Sejak itu, pihak MAHB dalam proses membaik pulih kaedah pengangkut penumpang utama untuk ke terminal satelit daripada terminal utama.

Dalam tempoh tersebut, dilaporkan sebanyak 4 syarikat yang membida kontrak sebagai pengendali aerotrain dengan dua daripadanya ialah MMC Corp Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan satu lagi ialah Malaysia Resources Corp Bhd. (MRCB). Namun dalam bulan Oktober 2023, konsortium yang diteraju IJM Corp Bhd. pula yang dicanang akan mengendalikan baik pulih aerotrain dan tak berapa lama kemudian, kerajaan mengumumkan yang set tren pertama KLIA Aerotrain telah 90% siap.

Ia lantas menandakan kemelut tentang siapakah yang menang kontrak pengendali aerotrain sudahpun selesai.

Buat masa ini perpindahan penumpang daripada terminal utama ke terminal satelit dilakukan oleh pihak KLIA menggunakan bas perantara. Malaysia Airlines pula ada menyediakan barisan BMW i7 sebagai pengangkutan khas buat penumpang VIP ataupun pemegang tiket kelas peniagaan.

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved