Afdlin Shauki Nafi Seleweng Duit Projek DBKL Bernilai RM10 Juta

LocalPolitics
31 Jan 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu dakwaan di saluran Telegram berkenaan dengan pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki terhadap salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Susulan itu, Afdlin tampil memberikan kenyataan balas dengan menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dengan dakwaan tersebut. Menerusi kenyataan yang diberikan di Intagram miliknya malam tadi, fitnah itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

“Pertama sekali saya menafikan sekeras- kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.”

“Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat.”

Jelas Afdlin lagi, dia telah membuat laporan polis untuk menjalankan siasatan. Malah, difahamkan perkara tersebut juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL. Bahkan, Afdlin juga sedia untuk beri kerjasama dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini.

“Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.”

“Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin Allah, akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan.”

Terdahulu, tular dalam aplikasi Telegram Edisi Siasat yang mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL merupakan antara yang terlibat dengan salah laku dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.