AFFIN Lancar Kad Debit Visa LuminouSITI Bersama Siti Nurhaliza, Gabungkan Kemudahan Perbankan & Gaya Hidup

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 11:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berita baik buat peminat setia Biduania Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, AFFIN Group hari ini (23 Sept) telah melancarkan, kad debit gaya hidup, AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card.

Yang menariknya kad debit dengan rekaan eksklusif yang memaparkan wajah Siti Nurhaliza pada bahagian hadapan itu itu bukan sekadar kad, sebaliknya ia menggabungkan kemudahan perbankan harian dengan pelbagai keistimewaan dan pengalaman eksklusif diinspirasikan daripada Biduanita Negara dan Duta Jenama Affin itu.

Antara keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad termasuk pengecualian yuran tahunan kad debit seumur hidup dan palet solekan SimplySiti Sahmura eksklusif untuk 1000 pelanggan terawal yang membuka akaun AFFIN LuminouSITI SA/-i di Menara AFFIN @ TRX dari 23 hingga 25 September 2026.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi keistimewaan seperti:

  • Diskaun 20% untuk tiket konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Gema Bumantara, pada 17 Oktober 2026 di TM Stadium Nasional Bukit Jalil;
  • Diskaun 20% bagi produk terpilih SimplySiti dan AFIYA;
  • Promosi eksklusif Visa, termasuk peluang mengumpul mata yang boleh ditebus untuk barangan terpilih dan tiket konsert.

Menurut Affin, pelbagai lagi keistimewaan yang akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang.

Kesemua keistimewaan tersebut tertakluk kepada terma dan syarat, kelayakan serta ketersediaan yang ditetapkan.

Image from: AFFIN Lancar Kad Debit Visa LuminouSITI Bersama Siti Nurhaliza, Gabungkan Kemudahan Perbankan & Gaya Hidup
View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Kad debit bawa elemen dunia dunia TokTi

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata kad berkenaan membawa elemen dunia Siti Nurhaliza atau lebih popular dengan gelar TokTi ke dalam kehidupan seharian pelanggan, bukan sekadar sebagai kaedah pembayaran.

“Kad ini membuka pintu kepada pelbagai keistimewaan eksklusif termasuklah muzik, kecantikan, membeli-belah, pelancongan dan santapan, yang diilhamkan oleh sifat keyakinan dan aspirasi yang beliau lambangkan.

“Teras kepada kolaborasi ini ialah ‘Dunia Penuh Pesona’, yang memberi gambaran sekilas tentang pilihan kegemaran dan barangan wajib miliki peribadi TokTi, di sepanjang perjalanan beliau sebagai seniman, usahawan, ibu dan ikon budaya.”

Tambahnya pelancaran itu turut selari dengan visi AFFIN untuk menjadi menjadi syarikat kewangan paling kreatif dan inovatif di Malaysia dengan menggabungkan perbankan, gaya hidup dan budaya Malaysia.

Bagi TokTi pula, kerjasama berkenaan menjadi satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjayanya.

Jelas beliau, AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menggabungkan kemudahan perbankan harian dan keistimewaan gaya hidup yang relevan.

“Saya percaya kerjasama ini akan memberikan nilai tambah kepada pelanggan AFFIN, di samping memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sesuatu yang dekat dengan hati saya bersama peminat,” katanya.

Buka akaun AFFIN LuminouSITI hanya dengan deposit RM50

Akaun AFFIN LuminouSITI SA/-i boleh dibuka dengan deposit minimum RM50.

Bagaimanapun, pelanggan perlu mengekalkan baki minimum akaun sebanyak RM300 bagi menikmati keistimewaan tambahan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kad debit berkenaan akan tersedia mulai 17 Oktober 2026 di reruai AFFIN di TM Stadium Nasional Bukit Jalil sempena konsert Gema Bumantara.

Ia kemudiannya akan tersedia di cawangan AFFIN terpilih mulai 19 Oktober 2026.

Jadi bagi pelanggan baharu, anda akan menerima kad rekaan sedia ada terlebih dahulu sebelum dapat menukarnya pada bulan Oktober ini .

Image from: AFFIN Lancar Kad Debit Visa LuminouSITI Bersama Siti Nurhaliza, Gabungkan Kemudahan Perbankan & Gaya Hidup
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved