
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa akan berlaku gangguan sementara bagi semua transaksi kad debit pada tarikh 19, 22 dan 23 September 2026 berikutan kerja penyelenggaraan sistem. Sepanjang tempoh tersebut, semua pembelian menggunakan Kad Debit melalui MyDebit, Visa dan Mastercard sama ada secara dalam talian mahupun di kedai fizikal akan terjejas.

Butiran penuh mengenai tarikh dan masa penyelenggaraan adalah seperti berikut:
- Penyelenggaraan pertama: Sabtu, 19 September 2026 (12:00 pagi – 6:00 pagi).
- Penyelenggaraan kedua: Selasa, 22 September 2026 (12:00 pagi – 7:30 pagi).
- Penyelenggaraan ketiga: Rabu, 23 September 2026 (12:00 pagi – 5:00 pagi).
Bagi mengelakkan sebarang gangguan, orang ramai disarankan untuk merancang pembayaran lebih awal sebelum waktu penyelenggaraan ini.


