Afiq Rahim Tak Tolak Jika Ada Cooking Show Bersama Adikfoods - “Segmen Anak Beranak Seronok, Boleh Dengar Celoteh Mama”

16 Dec 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Afiq Rahim tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk mempunyai rancangan masakan sendiri bersama ibunya yang juga merupakan seorang pempengaruh, Faezah Sufian atau lebih dikenali sebagai Adikfoods.


Suka lihat gelagat mama

image is not available

Menurut Afiq, dia sangat berbesar hati sekiranya ada rezeki untuk melakukan rancangan masakan sendiri.

“Ramai sangat yang minta saya buat rancangan masakan dengan mama. Insya-Allah, kalau ada peluang saya dengan berbesar hati mahu.

“Pada saya segmen anak beranak ini memang menyeronokkan sebab saya boleh lihat dan dengar coleteh mama, ada sahaja yang ingin diperkatakannya.

“Keserasian kami juga berlaku secara natural dan paling gembira sebab dapat kongsi momen dengan mama bersama penonton juga.

“Jadi kalau ada rezeki dan peluang untuk ada rancangan masakan sendiri, saya okay. Manalah tahukan, apa sahaja boleh berlaku tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Afiq dan Adikfoods ditemui selepas melakukan sesi siaran langsung menerusi segmen Masak Anak Beranak yang diadakan bersempena dengan program Gempak Non-Stop Live 12 Hours bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya baru-baru ini.
 

Cara masakan berbeza dengan mama

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Mengulas mengenai masakan, Afiq berkata sudah pasti mereka berdua mempunyai cara berbeza namun itu tidak menjadi satu halangan untuk memasak bersama ibunya.

“Secara jujurnya kami berdua ada set pemikiran masing-masing dan juga watak tersendiri. Cara berfikiran itu saya boleh katakan agak berbeza.

“Memang benar ada berlaku perselisihan pendapat kadang-kadang bila bekerja, benda seperti ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin kerja.

“Tapi kita kena ingat juga siapa diri kita, dengan siapa kita bekerja bersama sebab yang paling penting, hati mama pun kena jaga juga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Afiq dan Adikfoods merupakan calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards bagi kategori Digital Creator (Foodies) Tergempak 2024.

Terdahulu, Afiq dan Adikfoods merupakan antara pempengaruh kesayangan ramai yang sering berkongsi resepi masakan mudah di media sosial.

Pasangan anak dan ibu ini juga disukai ramai kerana karakter yang ramah selain coleteh mereka ketika beraksi didapur walaupun mempunyai konten sendiri di media sosial masing-masing.

Jom undi calon top 20 setiap kategori Gempak Most Wanted di www.gempakmostwantedawards.com.

View Original Article