Afrika lebih besar dalam peta dunia baharu

6 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Afrika lebih besar dalam peta dunia baharu

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengundi untuk menerima pakai peta dunia baharu yang memaparkan benua Afrika pada saiz lebih besar, manakala Amerika Utara dan Eropah dikecilkan, sekali gus mencetuskan bantahan Washington.

Resolusi itu, bertujuan menghasilkan ‘gambaran lebih tepat’ mengenai keluasan benua di dunia, disokong 164 negara, manakala Amerika Syarikat (AS) mengundi menentangnya dan enam negara berkecuali.

Peta baharu itu, dikenali sebagai unjuran kartografi Equal Earth, bertujuan meningkatkan ketepatan gambaran kartografi dunia, menurut resolusi berkenaan.

Resolusi itu menggesa negara anggota menggunakan peta baharu tersebut bagi menggantikan unjuran Mercator. Unjuran itu direka untuk tujuan navigasi maritim oleh kartografer Flemish, Gerardus Mercator, pada 1569.

Menteri Luar Togo, Robert Dussey, yang menaja resolusi berkenaan, berkata peta membentuk pendidikan, menyuburkan imaginasi dan mempengaruhi persepsi kolektif.

“Oleh itu, peta tidak pernah bersifat neutral; apabila ia memaparkan gambaran planet kita yang tidak tepat, ia berisiko mengekalkan gambaran yang tidak benar untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, AS mengecam resolusi itu dan menyifatkan langkah seumpama itu sebagai sebab institusi ini kehilangan kredibilitinya.

Perancis yang turut menaja bersama resolusi bagi menyokong peta baharu itu mengumumkan negara berkenaan akan meninggalkan penggunaan unjuran Mercator.

Dalam peta itu, AS, Russia dan China mendapat penonjolan visual yang tidak seimbang berbanding Afrika, Amerika Latin atau Asia Tenggara, manakala Greenland kelihatan hampir sebesar Afrika, kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot.

“Menukar peta jelas tidak akan mengubah dunia. Namun, membetulkan gambaran yang terpesong sudah merupakan satu tindakan untuk menegakkan kebenaran,” katanya.- AFP

 

The post Afrika lebih besar dalam peta dunia baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved