Washington marah peta baharu lakar Afrika besar, Amerika lebih kecil

5 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Washington marah peta baharu lakar Afrika besar, Amerika lebih kecil

NEW YORK  – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  semalam mengundi  untuk menerima pakai peta dunia baharu yang menjadikan Benua Afrika lebih besar sambil mengecilkan rantau Amerika Utara dan Eropah sekali gus menimbulkan kemarahan Washington.

Bertujuan memberikan ‘representasi  lebih tepat’ bagi keluasan tanah benua-benua di dunia, resolusi itu disokong 164 negara, dengan  Amerika Syarikat mengundi menentangnya, manakala  enam negara lain berkecuali.

Peta baharu dikenali sebagai unjuran kartografi ‘Equal Earth’ itu meningkatkan ‘ketepatan representasi kartografi dunia’, demikian menurut resolusi PBB.

Ia menggesa negara-negara  anggota untuk menggunakan peta baharu tersebut bagi menggantikan peta dunia tradisional Mercator, yang direka untuk pelayaran maritim oleh ahli kartografi, Gerardus Mercator pada tahun 1569.

Menteri Luar Togo,  Robert Dussey yang menaja resolusi tersebut berkata,  peta membimbing pendidikan, menyuburkan imaginasi dan mempengaruhi persepsi kolektif.

“Justeru, ia tidak pernah neutral apabila mempamerkan imej planet kita yang herot, ia berisiko mengekalkan representasi tidak tepat yang diwarisi turun-temurun,” katanya.

Amerika Syarikat bagaimanapun mengecam resolusi itu, dengan berkata, tindakan sedemikian adalah ‘punca mengapa institusi ini hilang kredibilitinya.’

Peta Mercator menumpukan pada gambaran tepat bentuk dan sudut daratan, tetapi saiz relatifnya tidak tepat, antara lain disebabkan oleh cabaran untuk menterjemahkan glob tiga dimensi ke atas peta dua dimensi.

Ia membesarkan wilayah utara dan mengecilkan wilayah khatulistiwa, menjadikan Eropah dan Amerika Utara kelihatan jauh lebih besar, manakala Afrika dan Amerika Selatan kelihatan mengecil. – AFP 

The post Washington marah peta baharu lakar Afrika besar, Amerika lebih kecil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved