“Agak-Agak Lah Wei” – Peniaga Luah Rasa Berang, Parkir ‘Food Court’ Bandar Sri Permaisuri Dipenuhi Kereta Penduduk Sekitar

LocalOpinion
4 Sep 2024 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial, rakaman yang memaparkan kawasan parkir di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri penuh dengan kereta milik penduduk kondominium sekitar itu.

Peniaga meluahkan rasa berang terhadap tindakan mereka meletakkan kenderaan di situ kerana ia menyukarkan pengunjung untuk mendapat petak kosong dan akhirnya tidak jadi untuk makan di medan selera tersebut.

Parking ini untuk pelanggan dan peniaga sahaja. Agak-agak la wei. Ini parking pelanggan, bukannya parking balik rumah tidur (penduduk).

Rakaman itu turut memaparkan kenderaan yang diparkir di situ telah diberikan notis pemberitahuan bahawa parkir tersebut bukan untuk mereka.

Berfikirlah dengan waras. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menjejaskan hak pelanggan kami untuk parking.

Sementara itu, di Facebook Group ‘Bandar Permaisuri Cheras’, netizen memberi cadangan agar kawasan parkir itu dijadikan sebagai parkir berbayar untuk mengelak daripada isu tersebut berlarutan.

Sesetengah netizen juga akui mempunyai rancangan untuk makan di medan selera tersebut namun kerana sukar mendapatkan parkir mereka batalkan sahaja niat itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Tular Foto Kereta Dipercayai Milik Ahli Parlimen Parkir Di Laluan Pejalan Kaki, Undang Kritikan Netizen - "Dekat Laluan OKU Tu"