Mangsa Usia 80-an Kritikal, Kejadian Lubang Benam Di Seoul ‘Telan’ Sebuah Kereta

30 Aug 2024 • 3:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penduduk di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan kejadian lubang benam di sekitar Kuala Lumpur.

Nampaknya bukan sahaja di Malaysia malahan, media Korea Selatan turut melaporkan tentang bencana lubang benam yang berlaku di kawasan barat Seoul pada pagi 29 Ogos, sehingga menelan sebuah kereta.

Menurut laporan, kenderaan yang dinaiki itu telah terbalik dan akhirnya merempuh lubang benam tersebut, menyebabkan 2 mangsa cedera.

image is not available

Untuk pengetahuan, pemandu lelaki yang berusia 80-an telah mengalami kecederaan parah dan penumpang wanita berusia 70-an terus dikejarkan hospital ketika menerima CPR.

Kini, kawasan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.