“Agak-agaklah bagi budak makan” – Ramai Terkejut Tengok Kuantiti Makanan Pelajar RMT di Pahang

Entertainment
8 Jul 2022 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang masih ingat lagi dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ni? Difahamkan sehingga ke hari ini bantuan pembelajaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk murid sekolah rendah masih lagi dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ni tular di media sosial apabila sebuah sekolah rendah di Pahang dipercayai tidak memberikan kuantiti makanan dengan nutrisi yang tak mencukupi untuk murid-murid di sana.

Difahamkan gambar makanan itu merupakan hidangan mi yang diberikan kepada murid-murid pada Rabu yang lalu (6 Julai 2022).

“Macam ni ke nak cegah isu bantut tumbesaran?”

Ini kerana dari gambar yang dikongsikan, makanan yang disediakan hanyalah mi goreng semata-mata tanpa hidangan tambahan lain sehingga menimbulkan perdebatan di kalangan warganet selepas ramai yang terkejut dengan kuantiti mi itu.

“Bekal adik aku gi sekolah pon tak mcm ni… Mcm ni ke bagi budak makan mee goreng mcm tu je?” – Komen netizen

Bukan tu saja, ramai juga yang meminta supaya pihak atasan yang bertanggungjawab untuk meneliti semula persiapan makanan kepada murid-murid supaya nutrisi mencukupi bagi membantu kesihatan mereka lebih terjamin.

image is not available

Difahamkan, pihak Guru Besar sekolah berkenaan dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memberikan amaran kepada vendor kantin yang menyediakan makanan tersebut tapi tidak ada sebarang tindakan lanjut dari mereka.

Kesiannya adik-adik… Min harap takdelah yang ambil kesempatan biarkan diorang ni berlapar kat sekolah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.