“Agak Terbeban..” – Pengarah ‘Running Man’ Beri Klu Ahli Lama Mungkin Sertai Kembali

15 Apr 2024 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak sangka, sebenarnya ramai yang menginjak tua bersama “Running Man” kan?

Baru-baru ini, program SBS tersebut telah menyambut tayangan episod ke-700 di mana ia sudah 14 tahun bersiaran kini. Malah “Running Man” dinobat sebagai program hiburan terlama di Korea kerana berjaya menandingi rekod dipegang “Infinite Challenge” sebelum ini.

Dalam sebuah temubual istimewa, pengarah rancangan itu iaitu Choi Hyung-in telah berkongsi pelbagai harapan dan kemungkinan yang akan diterapkan dalam program itu pada tahun ini.

Antara soalan yang ditanya ialah kemungkinan ahli lama seperti Lee Kwang-soo, Jeon So-min, Gary mahupun Song Joong-ki membuat ‘comeback’ dalam “Running Man” nanti. Jawabnya,

Ia adalah sesuatu yang diharapkan oleh pihak produksi tapi kami berhati-hati kerana kami tahu tidak mudah mereka membuat keputusan untuk meninggalkan program ini.

image is not available

Tambahnya dengan jangkaan tinggi,

Walaupun agak terbeban, saya mahu mereka datang meskipun sekali sebagai ahli sewaan atau tetamu.

Kan best kalau betul-betul jadi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.