“Ratingnya..” – Cecah 700 Episod, Bagaimana Populariti ‘Running Man’ Di Korea Kini?

8 Apr 2024 • 1:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik, tak sangka “Running Man” bakal menayangkan episod ke-700 minggu ini.

Menurut Nielsen Lorea, Episode pada 7 April mencatatkan rating 2049 (penonton berumur 20~49 tahun) di kawasan metropolitan Seoul sebanyak 2.5% sekaligus engekalkan kedudukannya sebagai program hiburan nombor 1 dalam slot masa yang sama untuk minggu kedua berturut-turut.

Bahkan titik rating tertinggi penonton mencapai 6.2%. Lebih istimewa kerana “Running Man”, bersama dengan “My Little Old Boy”, menduduki tempat pertama dan kedua untuk penonton “2049” dalam kalangan program hiburan yang disiarkan pada hari itu.

image is not available

Episod itu dihiasi dengan perlumbaan “Spring Seems To Have Come To Age Notice” di mana setiap ahli perlu merakam notis had umur yang baru selepas Jeon So-min meninggalkan program itu.

Ahli-ahli penggambaran “Age Notice” berlatarbelakangkan taman hiburan yang penuh dengan bau musim bunga, dan adegan ini meraih ‘minit terbaik’ dalam episod berkenaan dengan rating tertinggi 6.2% setiap minit.

Notis baru ini akan dipertontonkan buat pertama kalinya melalui siaran ke-700 minggu depan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.