AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM
Jabatan Peguam Negara memulangkan kertas siasatan berkaitan insiden membabitkan menteri besar Negeri Sembilan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan berkaitan insiden membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pada Selasa.

AGC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan susulan dakwaan Ismail bahawa beliau menandatangani proklamasi berkaitan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar.

"Hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM pada hari ini untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan AGC menegaskan tiada kelewatan di pihaknya dalam meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan berhubung laporan berkaitan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata, KEP berkenaan dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu sebelum diminit keluar kepada PDRM pada 7 Oktober lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved