AGC nafi sekeras-kerasnya keluar kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas KSN

LocalPolitics
7 May 2023 • 12:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AGC dalam kenyataan di sini hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah tidak tepat.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. - Bernama