Kenyataan Media Pendakwaan Atas KSN Palsu - AGC

LocalPolitics
7 May 2023 • 11:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Zuki Ali - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan yang kononnya akan dikenakan ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Jurucakap AGC berkata, penafian tersebut merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Semakan Getaran mendapati, kenyataan media palsu itu diolah rapi menggunakan jata negara yang merupakan simbol rasmi kerajaan Malaysia.

image is not available

Menurut surat palsu itu, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri, susulan arahan yang dikeluarkan beliau.

Surat palsu itu juga mendakwa, pertuduhan ke atas Mohd Zuki dibuat berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

“Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa bagi memastikan keadilan yang sewajamya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Jabatan Peguam Negara juga menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution),” katanya.

Dakwa surat palsu itu lagi, mana-mana individu akan didakwa sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mereka telah melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang.

“Individu tersebut akan didakwa berdasarkan peruntukan undang- undang tapa mengira status dan latar belakang,” dakwanya. - Getaran, 7 Mei 2023