Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan dua bot tunda langgar Akta Perikanan

14 Feb 2025 • 9:10 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Dua bot nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat kerana melakukan aktiviti menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika dari daratan, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, penahanan terhadap kedua-dua bot pukat tunda terbabit adalah hasil maklumat yang diterima daripada Swasla Sabah awal hari sama.

AdvertisementHasbullah berkata, salah sebuah sebuah bot itu berjaya dikesan di kedudukan sekitar 1.5 batu nautika tenggara Tanjung Tambuluran, manakala sebuah lagi dikesan di lokasi sekitar 0.88 batu nautika barat laut Tanjung Bangau.

Menurut Hasbullah, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika daripada daratan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tambahnya, sepuluh individu termasuk dua tekong warga tempatan dan lapan warga Indonesia berumur 27 hingga 56 tahun yang mengendalikan bot berkenaan turut diperiksa.

Katanya, kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

AdvertisementBot dan kesemua kru yang ditahan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.