Maritim usir 9 nelayan Indo, tahan 3 warga Filipina

LocalPolitics
12 Feb 2025 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos, Patimang Abdul Ghani

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengusir sembilan nelayan warga Indonesia selepas dikesan menceroboh perairan negara ini di luar pesisir Tawau, sekitar jam 1 petang Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kumpulan nelayan itu menaiki tiga bot yang dikesan pada kedudukan antara 2.5 hingga 5.6 batu nautika utara Burst Point oleh bot peronda Maritim semasa melaksanakan Op Pluto Timur.

Advertisement“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan individu lelaki berusia antara 28 hingga 52 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, pihaknya menahan tiga bot nelayan, tiga unit enjin sangkut 15 kuasa kuda dan hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai RM20,000.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurutnya, mereka diserahkan kepada Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau bagi proses pengusiran berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berkaitan garis panduan perlakuan terhadap nelayan oleh agensi penguatkuasaan maritim kedua-dua negara yang ditandatangani pada 27 Januari 2012.

“Selepas proses dokumentasi selesai, ketiga-tiga bot berkenaan diiring ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

AdvertisementDalam pada itu, Shahrizan berkata, pihaknya akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pencerobohan dan aktiviti haram di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (Esszone).

Beliau menyeru orang ramai melaporkan sebarang aktiviti jenayah maritim atau kecemasan di sekitar perairan Tawau kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau pada talian 089-752116 atau talian kecemasan 999.

AdvertisementDi KUDAT, Maritim Malaysia menggagalkan cubaan tiga warga Filipina untuk menyeludup keluar barang kawalan, pada awal pagi Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang mengesan aktiviti pemunggahan minyak dan barang kawalan di sekitar perairan tersebut sekitar jam 12.13 tengah malam.

Hasbullah berkata, bertindak atas maklumat tersebut, aset rondaan Maritim Malaysia segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

“Setibanya di lokasi berkenaan, sebuah bot mencurigakan dikesan berada di kedudukan kira-kira 4.2 batu nautika timur laut Pulau Tiga dan dipercayai sedang menuju ke perairan sempadan Malaysia-Filipina,” katanya.

Pasukan itu memintas bot berkenaan lalu melakukan pemeriksaan, dan mendapati bot itu membawa enam tong berwarna biru berisi minyak petrol, 100 pek tepung gandum, dan 120 pek gula yang dipercayai untuk diseludup keluar.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiga individu yang mengendalikan bot berkenaan merupakan warga Filipina berusia antara 20 hingga 21 tahun, dan ketiga-tiga mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan kemudiannya dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Hasbullah, anggaran rampasan, termasuk bot, melebihi RM21,000. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah(JPDS) 2002.

Beliau menyeru masyarakat, khususnya komuniti maritim di kawasan perairan Kudat, agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Kudat pada 088-611858 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.