Agensi Pernikahan Thailand ‘Promote’ Pakej Di FB Raih Perhatian Netizen Malaysia

Entertainment
30 Dec 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa negara jiran kita, Thailand menawarkan perkhidmatan bernikah yang sah di sisi agama Islam dan segelintir rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di negara tersebut bukanlah satu isu yang baru.

Mungkin ada beberapa faktor dan keadaan yang mendesak sehingga mereka terfikir untuk menerima tawaran yang ditawarkan itu.

Baru-baru ini, telah tular sebuah posting di Facebook, yang dilihat aktif mempromosikan perkhidmatan pernikahan di Thailand telah meraih perhatian netizen Malaysia.

Alhamdulliallah.. Selesai urusan nikah/kahwin di pejabat imam/kadi sg golok,narathiwat, pasangan drpd pantai timur….

Posted by Pakej Nikah Thailand on Wednesday, December 28, 2022

Servis pernikahan yang sah disediakan?

Melalui posting berkenaan, pemilik akaun itu ada menyenaraikan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan seperti;

  • Nikah / kahwin
  • Poligami
  • Cerai / Fasakh
  • Perkhidmatan peguam syariah yang bertauliah dan sah

“Kepada individu atau pasangan yang berminat untuk nikah, kahwin, poligami atau cerai dan fasakh, anda boleh booking dengan Encik Mie,” tulis pemilik akaun tersebut.

image is not available

Posting berkenaan turut menyenaraikan empat pejabat agama di Selatan Thailand sebagai lokasi perkhidmatan mereka.

Tambahan pula, pihak tersebut juga menyediakan pakej tertentu buat pelanggan dari Malaysia termasuk pakej penginapan semasa mereka berada di sana.

Facebook page yang aktif sejak tahun 2018 itu turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan upcara pernikahan yang dipercayai melibatkan warga Malaysia.

Kalau kes lari macam mana?

image is not available

Bercakap tentang kes kahwin lari di Selatan Thailand, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan beberapa syarat seperti;

  • Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
  • Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
  • Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat di bermustautin.
  • Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

“Kot nanti emergency ke..” – Netizen

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap posting berkenaan, ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

image is not available

image is not available

image is not available

Uishhh sampai ke Thailand yee….

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.