Agensi Umum RM, Jimin, V & Jungkook BTS Sedang Tunggu Panggilan Khidmat Ketenteraan

Music
22 Nov 2023 • 2:55 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ahli BTS yang lain sedang menyiapkan diri mereka untuk menjalani khidmat ketenteraan.

Pada 22 November, Big Hit Music telah mengeluarkan kenyataan menerusi aplikasi Weverse berkenaan dengan khidmat ketenteraan yang bakal dijalani oleh empat orang ahli BTS iaitu RM, Ji-min, V dan Jung-kook.

Dikalangan ahli BTS, Jin dan J-Hope sedang berkhidmat sebagai askar tugasan aktif. Manakala, Suga pula melakukan perkidmatan tentera alternatif sebagai pekerja sosial.

Empat ahli BTS yang lain dijangka bakal melakukan perkhidmatan tersebut pada hujung tahun 2023 ataupun awal tahun 2024.

BTS yang baru sahaja menandatangani semula kontrak bersama agensi itu dijangka bakal kembali sebagai satu kumpulan yang penuh menjelang tahun 2025.

Big Hit Music berkata,

Kami harap awak semua boleh memberikan sokongan dan kasih sayang terhadap BTS sehingga RM, Ji-min, V dan Jung-kook tamat dan kembali daripada melakukan tanggungjawab mereka.

Tak apa! pejam celik je nanti dah tahun 2025.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.