Disuruh Nyanyi, Jungkook BTS, Jaehyun NCT & Cha Eunwoo Bengang Diganggu Peminat Ketika Makan

Music
26 Oct 2023 • 4:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Artis juga manusia dan mereka juga mahu peminat menghormati privasi mereka.

Pada 26 Oktober tular satu video di media sosial yang menunjukkan Cha Eun-woo ASTRO, Jae-hyun NCT dan Jung-kook BTS yang sedang menikmati makanan bersama di sebuah bar di Apgujeong.

Dalam masa yang sama, video tersebut menunjukkan situasi ketiga-tiga penyanyi tersebut berada di dalam keadaan yang tidak selesa selepas sekumpulan peminat datang menghampiri mereka.

image is not available

Peminat tersebut telah meminta tandatangan Jung-kook namun dia menolaknya dengan baik kerana mereka sedang menghabiskan masa bertiga. Namun, disebabkan peminat itu tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh Jung-kook, Jae-hyun telah membantu menerangkan di dalam bahasa Inggeris.

Kata Jae-hyun,

Maaf tapi kami sedang menghabiskan masa kami bertiga, jadi kami tidak boleh memberi sebarang tandatangan dan gambar.

Walaupun ditolak, peminat-peminat itu tidak berhenti di situ. Mereka telah mengekori ketiga-tiga penyanyi tersebut. Malah, mereka juga telah meminta Jung-kook untuk menyanyikan lagu untuk mereka serta menyentuh penyanyi tersebut tanpa sebarang keizinan.

Disebabkan perbuatan mereka yang tidak menghormati privasi ketiga penyanyi tersebut, mereka itu telah dikecam oleh peminat yang lain di media sosial. Mereka juga telah memadam akaun media sosial mereka.

Melampaunya! Kesian dorang nak makan pun tak tenang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.