Agnez Mo Dakwa Stress Penyebab Dirinya Alami Masalah Botak

2 Mar 2025 • 10:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Agnez Mo, 38, mendedahkan satu fakta tentang dirinya yang tidak pernah dikongsi sebelum ini.

Agnez memberitahu dia pernah menghidap alopesia. Alopesia merupakan penyakit autoimun yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh terganggu dan menyerang folikel rambut. Dengan kata mudah lain, alopesia adalah terma saintifik bagi botak.

Menurut Agnez dia mengalami masalah botak sekitar sekitar 15 tahun lalu saat berada di Amerika Serikat.



“Sekitar 15 tahun lalu saya tiba-tiba mengalami masalah botak. Memang pada waktu itu rambut saya gugur sangat teruk dan alami kebotakkan. Saya hanya sedar selepas diberitahu pendandan rambut saya di Amerika.



“Selepas bertemu pakar, saya diberitahu mengalami masalah alopesia. Saya alaminya kerana stress,” katanya Agnez Mo sewaktu menjadi tetamu podHub Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano seperti dilaporkan InsertLive.



Pelantun Matahariku itu bagaimanapun tidak memberitahu adakah masalah tersebut sudah berjaya diatasi sepenuhnya kini.

Selain stress, alopesia boleh berlaku kerana keturunan dan faktor usia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved