Agong berkenan terima menghadap Peguam Negara baharu

LocalPolitics
12 Nov 2024 • 4:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Mohd Dusuki (kiri) di Istana Negara, hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Peguam Negara baharu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar di Istana Negara, hari ini.

Pelantikan Mohd Dusuki, 57, yang berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mohd Dusuki sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia dan mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC. - Bernama