Agong Berkenan Terima Sembah Perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 

LocalPolitics
30 Mar 2026 • 2:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025) dalam satu sesi mengadap di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Akta berkenaan dipersembahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, yang memberi taklimat kepada Seri Paduka Baginda berhubung pelaksanaan serta objektif utama undang-undang tersebut.

Menurut Fahmi, pelaksanaan ONSA 2025 bertujuan menjadikan ruang Internet lebih selamat, khususnya untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang lebih jelas terhadap platform dalam talian.

Beliau berkata, akta itu turut memperkenalkan mekanisme pengesahan umur bagi mengehadkan kanak-kanak di bawah usia 16 tahun daripada membuka akaun media sosial, sebagai langkah melindungi keselamatan golongan berkenaan.

Dalam masa sama, ONSA 2025 juga dilihat sebagai usaha menangani isu akaun palsu, termasuk yang menyasarkan Raja-Raja Melayu serta kerabat diraja.

Sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini. - Getaran, 30 Mac 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved