Agong Bertemu Putin Pada Lawatan Negara Pertama

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 11:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Agong Bertemu Putin Pada Lawatan Negara Pertama

MOSCOW, 6 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim tiba di Kremlin pada kira-kira 3 petang sebelum berangkat ke St. George’s Hall, dewan besar dihiasi tiang marmar putih dengan salutan emas.

Seri Paduka Baginda disambut Putin secara rasmi di dewan tersebut disusuli kedua-dua pemimpin bergerak ke Green Room bagi menghadiri mesyuarat rasmi.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Bersama Putin pegawai-pegawai kanan Rusia termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa Yury Ushakov, Menteri Pembangunan Ekonomi Maxim Reshetnikov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Valery Falkov, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Alexander Pankin dan Timbalan Menteri Pertahanan Alexander Fomin.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved