Agong Cemar Duli, Tinjau Lokasi Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

17 Aug 2023 • 6:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina, hari ini. gambar Facebook Istana Negara

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan  Bandar Elmina dekat sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai nahas berkenaan di pusat operasi di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.

Seri Paduka Baginda turut berkenan berbual dengan keluarga mangsa untuk menenangkan mereka.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 individu maut dengan lapan daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.

Dua daripada  mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.

“Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya.  - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved