Semua mayat mangsa nahas pesawat terhempas sudah ditemui

17 Aug 2023 • 11:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina ditemukan pada jam 10.30 malam ini.

Perakam suara kokpit iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat berkenaan ditemukan jam 10.20 malam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata proses bedah siasat dan pengecaman identiti mayat mangsa bermula malam ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Operasi pencarian kedua diteruskan malam ini kesan baki cebisan mayat jika ada,” katanya sebentar tadi.