Agong mahu rakyat hidup secara harmoni, bersatu hati

10 Sep 2023 • 3:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

MIRI, 10 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini meminta rakyat supaya menjalani kehidupan secara harmoni dan bersatu hati antara satu sama lain.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sebelum berkenan berangkat meninggalkan Pesta Keramaian Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Bekenu, di sini, sempena Kembara Kenali Borneo.

“Duduk baik-baik, aman damai dan harmoni semuanya. Kena sokong kerajaan atas (pentas) ini, senang hendak buat pembangunan dan kemajuan.

“Saya tak mahu cakap politik. Saya hanya mahu cakap tentang kasih sayang sahaja. Saya Agong untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan semua. Perlu bersatu hati, bersatu padu,” titah Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada pesta keramaian yang dianjurkan sempena Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kelapan, hari ini.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan paduka anakanda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved