Beli Minuman Kegemaran Di Sebuah Gerai Di Tukau Miri, Tengku Hassanal Berkenan Minum Milo Dinosaur

10 Sep 2023 • 2:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tengku Hassanal membeli minuman kegemarannya di sebuah gerai di Tukau, Miri.

Beli Minuman Kegemaran Di Sebuah Gerai Di Tukau Miri, Tengku Hassanal Berkenan Minum Milo Dinosaur. Dilaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menuruni kenderaan untuk singgah di sebuah gerai minuman di Tukau, Miri, Sarawak.

Dalam sebuah hantaran Istana Negara di Facebooknya, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang mengiringi Seri Baginda berdua bagi Kembara Kenali Borneo peringkat negeri Sarawak, berkenan membeli Milo Dinosaur iaitu minuman kegemaran Baginda.

image is not available
Beli Minuman Kegemaran Di Sebuah Gerai Di Tukau Miri, Tengku Hassanal Berkenan Minum Milo Dinosaur. Kredit Gambar: Facebook Istana Negara

Turut mengiring, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

“Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo dalam perjalanan ke Pantai Bungai Bekenu, Miri,” kata hantaran tersebut.

image is not available
Kredit Gambar: Facebook Istana Negara

Kembara Kenali Borneo akan berakhir 13 September ini di Telok Melano

Kembara Kenali Borneo dari 3 September lalu bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak pada 13 September dengan jarak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Ketahui lagi perkembangan Kembara Kenali Borneo di sini: